Pengendali jentera maut dihempap jengkaut

Astro Awani
Mei 16, 2017 23:38 MYT
Seorang pengendali jentera maut dihempap jengkaut dalam kejadian di pusat pembinaan di Jalan Kapas, di ibu negara petang tadi.
Seorang pengendali jentera maut dihempap jengkaut dalam kejadian di pusat pembinaan di Jalan Kapas, di ibu negara petang tadi.
Difahamkan mangsa Tan Kok Ming, 31 tahun, berada di bahagian bawah tapak pembinaan untuk meninjau struktur tanah sebelum melakukan kerja mengorek.
Bagaimanapun, jentera itu tiba-tiba jatuh tergelincir dari tebing dan menghempap mangsa.
Jurucakap Bomba Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 4.52 petang.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
#dihempap jengkaut #jalan kapas #struktur tanah #tan kok ming #tapak pembinaan
;