PORT DICKSON: Seorang pengawal keselamatan dan pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik dan membunuh seorang juruteknik serta menyamar sebagai anggota polis, bulan lepas.
Tertuduh, A. Devadas, 41, dan P. Xavier, 42, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret V. Vanita.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh dan ikat jamin juga tidak dibenarkan.
Mengikut pertuduhan pertama, Devadas dan Xavier bersama-sama dua individu yang telah dituduh dan seorang yang masih bebas didakwa membunuh A. Vasudevan, 39, di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut, di sini, antara pukul 5.40 pagi hingga 9.45 pagi pada 13 Nov lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Kedua-dua tertuduh juga bersama tiga individu itu didakwa melarikan Vasudevan dengan tujuan dia dibunuh pada masa dan lokasi sama mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh dikenakan sebatan.
Bagi pertuduhan ketiga, mereka bersama-sama tiga individu itu dituduh menyamar sebagai penjawat awam iaitu anggota polis pada isteri mangsa, S. Hindumathy, 38, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 27 Jan depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nur Athirah Zainuddin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Sukhdev Singh.
Mengikut laporan media, tertuduh dipercayai menyamar sebagai anggota polis telah berkunjung ke rumah mangsa dan memaklumkan kedatangan mereka untuk siasatan kes samun dan seterusnya meminta isteri mangsa mengeluarkan barangan kemas hasil daripada samun dilakukan oleh suaminya.
Mereka dipercayai mengarahkan mangsa mengikut mereka dengan menaiki sebuah van di hadapan rumah namun, mangsa enggan menyebabkan tertuduh memukul dan mengheretnya ke dalam van sebelum dilarikan.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang pada pukul 4.30 petang hari sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh dan ikat jamin juga tidak dibenarkan. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Insiden tembakan: Modul latihan pengawal keselamatan akan ditambah baik
Insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor baru-baru ini membuka satu dimensi baharu terhadap keperluan menambah baik modul latihan kepada pengawal keselamatan.

Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa
Seorang pengawal keselamatan meluahkan rasa terkilan tidak menjenguk kereta BMW di mana dua beranak ditemukan maut pada Khamis.

Pengawal keselamatan didakwa miliki tiga parang tanpa maksud sah
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.

Berang dipecat, bekas pekerja bakar pejabat
Suspek mengakui bahawa dia sakit hati selepas dipecat dari pejabat itu oleh pihak pengurusan.

Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum penjara setahun, denda RM4,500
Tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan secara bersama dengan dua rakan sekerjanya melakukan jenayah itu.

Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes curi RM200,000
Tiga pengawal sebuah syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas tuduhan mencuri wang tunai RM200,000.

Polis tahan 3 pengawal keselamatan sembunyi RM200,000, buat laporan konon dirompak
Tiga pengawal keselamatan ditahan selepas membuat laporan palsu kononnya mereka dirompak ketika membawa wang tunai RM200,000 menggunakan van keselamatan, pada Selasa.

Wang tunai RM1 juta hilang: Dua pengawal keselamatan dibebaskan
Dua pengawal keselamatan yang ditahan sebelum ini bagi siasatan lanjut berkaitan kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta dekat Ampang Point dibebaskan pada Sabtu.

Wang tunai RM1 juta hilang: Dua pengawal keselamatan ditahan
Kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya kira-kira jam 10 malam.