Pengawal keselamatan maut ditikam rakan selepas bertengkar

Raja Hisyam Raja Zaid
Oktober 8, 2020 22:08 MYT
Pihak polis kini sedang giat memburu suspek kejadian bunuh berkenaan.
KUALA LUMPUR : Seorang pengawal keselamatan di sebuah flat perumahan awam di Cheras maut selepas ditikam rakannya dalam kejadian pada petang Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, mangsa 52, sebelum itu dikatakan bertengkar dengan suspek kira-kira jam 1.30 petang di hadapan sebuah kedai di kawasan tersebut.
Bagaimanapun pertengkaran itu berakhir dengan insiden tikaman di mana mangsa ditemui oleh orang awam di tempat kejadian dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.
Suspek yang juga dipercayai menghuni flat berkenaan bagaimanapun bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian.
Indentiti suspek juga sudah dikenal pasti dan usaha memburunya kini giat dijalankan.
Tambah Mohamed Mokhsein, pihak polis masih menyiasat motif kejadian dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
#tikam rakan #pengawal keselamatan #Cheras #insiden tikaman #Seksyen 302 Kanun Keseksaan #membunuh
;