Pengawal keselamatan yang membunuh dan mencederakan dua pegawai bank di Taman Molek di sini, semalam didapati kerap menyendiri dan kurang berbual bersama keluarga.
Bapanya, yang berumur 80 tahun dan enggan dikenali, berkata namun, anaknya yang berusia 44 tahun itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara semalam malah mengejutnya untuk solat Subuh.
"Dia tidak menunjukkan kelakuan pelik sebelum keluar bekerja, cuma apa yang saya perhatikan, dia kerap menyendiri dan kadang-kala bercakap sendirian sejak kebelakangan ini.
"Hal itu amat membimbangkan kami sekeluarga...kami pernah berusaha mengubatinya menerusi rawatan tradisional," katanya yang ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Baru Uda di sini.
Beliau berkata suspek, anak kelima daripada enam beradik dan masih bujang, sempat menghubungi keluarganya menerusi tiga panggilan telefon kira-kira 3 petang semalam sebelum dia mengamuk di bank itu.
Menerusi panggilan pertama, suspek meminta abangnya mengambilnya pulang dari kerja manakala bagi panggilan kedua, suspek mahu berbual dengan anak saudara lelakinya yang berumur tiga tahun.
"Bagaimanapun, dia tidak berbual dengan anak saudaranya itu kerana kanak-kanak berkenaan tidur. Tidak lama kemudian, dia sekali lagi menelefon meminta untuk bercakap dengan anak saudaranya itu dan talian kemudian terputus," katanya.
Sementara itu, abang suspek yang berusia 40-an pula berkata adiknya bukan bekas anggota tentera seperti yang dilaporkan media dan dia tidak pernah menceritakan masalah di tempat kerjanya.
"Adik saya sempat memberikan wang untuk diserahkan kepada ibu bagi membayar rumah sewa," katanya yang bergegas ke bank berkenaan semalam selepas dimaklumkan kejadian itu.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, seorang pegawai bank, Ho Chin Tau, 33, maut ditikam manakala rakan sekerja wanitanya yang berumur 54 tahun cedera dilibas oleh pengawal keselamatan itu yang mengamuk secara tiba-tiba.
Suspek kemudian ditahan polis dengan bantuan orang ramai dan kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bernama
Sat Apr 18 2015
Pengawal keselamatan yang membunuh dan mencederakan dua pegawai bank di Taman Molek di sini, semalam didapati kerap menyendiri dan kurang berbual bersama keluarga. -Gambar fail
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
Kerajaan sedang teliti RUU digital tangani 'scam'
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda rang undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scam atau penipuan dalam talian.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
KPKM nafi dakwaan harga belian diturunkan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah).
Empat PPS dibuka di Kota Tinggi
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Tinggi Johor.
CEO syarikat penyiaran antara 5 ditahan kes ubah wang haram
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
[TERKINI] Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.
Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol
Suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Tanah Merah pada jam 2.55 petang.
Lima anggota terbunuh dalam kes tembakan di kem tentera di selatan Filipina
Seorang anggota mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah anggota lain yang sedang tidur di sebuah kem tentera di utara Mindanao.
Mangsa kejadian amuk pusat asuhan kanak-kanak Thailand semakin pulih
Dr Opas Karnkawinpong berkata kesemua mangsa yang mengalami kecederaan fizikal dan trauma telah menerima rawatan di hospital.
Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai selepas kejadian amuk
Seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar maut akibat kecederaan parah dipercayai selepas kejadian amuk, pada Rabu.
Marah putus tunang, lelaki amuk rempuh kereta wanita
Tular di media sosial semalam rakaman berdurasi 30 saat sebuah kenderaan dengan sengaja dipandu melanggar sebuah kenderaan lain.
Polis tahan lelaki amuk bakar pondok belakang gerai bekas isteri
Polis menerima laporan kejadian pada jam 10.20 pagi, mengatakan terdapat seorang lelaki mengamuk sambil memegang parang di kawasan itu.
Video tular: Polis siasat kes sekumpulan lelaki amuk melibas kayu, parang
Rakaman video 28 saat itu memaparkan aksi ganas sekumpulan lelaki bergaduh dengan menetak serta melibas parang antara mereka.
Lelaki ditemui maut dalam longkang selepas mengamuk
Hasil semakan rekod perubatan mangsa telah mendapatkan rawatan psikiatri dan kali terakhir mendapatkan rawatan adalah pada bulan Mac 2016.
Tak tahan bunyi bising, anak mengamuk sehingga tikam bapa
Seorang warga emas mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat ditikam anaknya yang mempunyai masalah mental dalam satu kejadian amuk di sebuah rumah berhampiran Pasar Bachok, pagi Selasa.
Prebet Adam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru - Adik
Adam meninggal dunia pada usia 57 tahun, kira-kira 9 pagi semalam ketika menerima rawatan di HPP dan jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Datuk Keramat.