Pengasingan penonton lelaki dan perempuan di konsert dan persembahan pentas bakal memberi kesan besar daripada segi logistik kepada penganjur acara.
Pandangan itu diutarakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Livescape Asia, Iqbal Ameer yang berkata langkah sedemikian akan turut merosakkan pengalaman keseluruhan penonton yang menghadiri konsert.
“Tiada penganjur acara akan melayan langkah sedemikian. Saya lebih suka tidak mengadakan apa-apa konsert daripada mengikut garis panduan tersebut.
“Ini tidak adil untuk artis, semua yang terlibat dalam persembahan dan yang paling penting peminat," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Iqbal berkata semua penganjur acara akan bertindak menghentikan penganjuran konsert sekiranya garis panduan itu dikuatkuasakan.
"Industri hiburan di Malaysia sangat bertoleransi pada mana-mana peraturan atau pelaksanaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
"Banyak kali, kami telah mencadangkan kaedah yang berbeza untuk konsert, tetapi tidak diendahkan.
“Jika garis panduan ini diamalkan, Malaysia akan kerugian dalam industri yang bernilai berjuta-juta ringgit ini. Semua orang akan pergi ke negara lain seperti Thailand, Indonesia dan Singapura untuk hiburan,” katanya.
Iqbal menambah bahawa orang ramai harus menyuarakan bagaimana pengalaman konsert yang mereka inginkan.
Garis panduan edisi kedua itu dikeluarkan Jakim awal minggu ini selepas diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari.
Selain pengasingan lelaki dan perempuan, garis panduan itu juga tidak membenarkan muzik dan lirik yang mempunyai unsur "menyembah" dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.
T K Letchumy Tamboo
Sun Apr 19 2015
Garis panduan baru Jakim untuk mengasingkan penonton lelaki dan perempuan di persembahan pentas akan memberi kesan besar dari segi logistik.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.