SHAH ALAM: Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima suapan sebagai dorongan bagi menyelesaikan satu kes di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Tertuduh yang berumur 55 tahun membuat pengakuan itu, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh sebentar tadi.
Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa telah meminta RM15,000 daripada Azizan pada 3 Mac 2021 di Jalan Perindustrian Suntracks, Bandar Baru Bangi.
Manakala untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah meminta RM35,000 pada 7 Mac 2021 di Hill Park, Bandar Teknologi Kajang Semenyih dan untuk pertuduhan ketiga, dia dituduh menerima RM35,000 pada 10 Mac 2021 di Seksyen U8, Bukit Jelutong, Shah Alam daripada individu yang sama.
BACA: Shamsubahrin mengaku tidak bersalah terima suapan RM10,000
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Ketiga-tiga pendakwaan dikemukakan mengikut Sesyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fadhli Ab Wahab menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri setiap awal bulan di pejabat SPRM terdekat.
Tertuduh pula diwakili peguam Sharuddin Ali, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi dan Zarina Ismail.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin, warganegara Malaysia.
Tertuduh juga perlu melapor diri setiap awal bulan di pejabat SPRM Selangor.
Sebutan semula dan pengurusan kes ditetapkan pada 8 Oktober 2021.
Rozilah sebelum itu telah membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan sebelum ini kerana tertuduh telah hadir pada hari ini.
Pada 25 Ogos, Rozilah mengeluarkan waran tangkap terhadap Shamsubahrin apabila gagal menghadirkan diri untuk pertuduhan kes yang dikenakan kepadanya.
Hasimi Muhamad
Tue Sep 07 2021
Shamsubahrin membuat pengakuan tidak bersalah, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozina Ayob. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Dakwaan hina Indonesia, pengasas Big Blue Taxi mohon maaf
Permohonan maaf itu dibuat selepas beliau menerima mesej dan maklum balas daripada rakyat negara tersebut.