Pengasas Sate Kajang Hj Samuri meninggal dunia

Astro Awani
September 1, 2017 03:44 MYT
Pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Datuk Samuri Juraimi, 73 tahun, meninggal dunia kira-kira pukul 12.05 tengah malam tadi. -Foto www.satekajang.com.my
Pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Datuk Samuri Juraimi, 73 tahun, meninggal dunia kira-kira pukul 12.05 tengah malam tadi.
Allahyarham meninggal dunia akibat kanser hati.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang kira-kira jam 9.30 pagi tadi selepas diuruskan di Masjid Al Falah, hari ini.
Allahyarham Samuri yang dilahirkan pada 25 Julai 1944 di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor mula bergiat dalam bidang perniagaan sate sejak zaman persekolahan lagi.
Allahyarham kemudian mewarisi perniagaan sate daripada bapa saudaranya, Haji Tasmin dan mula menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992 selepas berhenti berhenti kerja dengan sebuah syarikat telekomunikasi pada tahun 1987.
BACA: 10 fakta tentang pengasas Sate Kajang Hj Samuri
Arwah meninggalkan seorang balu Datin Jani Mohamad Amir dan lima anak iaitu Norsham, Sofian, Nur Ilyana, Shafeq dan Nurul Aqilah.
#haji samuri #Kajang #Kampung Sungai Ramal #Samuri Juraimi #sate #sate Kajang
;