Pengasas IOI Group meninggal dunia
Asyraf Roslan
Jun 1, 2019 23:33 MYT
Jun 1, 2019 23:33 MYT
Pengasas dan pengerusi eksekutif IOI Group, Tan Sri Lee Shin Cheng meninggal dunia hari ini pada usia 79 tahun.
Mendiang meninggal dunia sekitar 8.30 malam pada Sabtu, dua hari sebelum menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-80.
Menurut laporan Sin Chew Daily, mendiang merupakan seorang hartawan yang sangat bekerja keras.
Beliau dilaporkan datang dari keluarga miskin, berhenti sekolah pada usia 11 tahun untuk bekerja dan membantu keluarga.
"Beliau pernah menjual aiskrim dengan menggunakan basikal selama empat tahun. Beliau juga pernah bekerja sebagai pembantu stesen minyak dan pekerja am ladang," lapor The Star.
Lee meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.
Mengikut Forbes, beliau tersenarai sebagai orang kelima terkaya di Malaysia pada 2018, dengan nilai kekayaan bersih dianggarkan pada ASD5.4 bilion (RM22.63 bilion).
Anak bongsunya, Lee Yeow Sen, merupakan suami Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.