Pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban meninggal dunia dalam kemalangan di Thailand

Essan Yahya
Mei 18, 2019 12:10 MYT
Wanita berusia 40 tahun yang berasal dari Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan popular dengan produk kecantikan terutamanya di pantai timur. - Gambar fail/Instagram/faziani_rohban
Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Thailand pagi ini.
Perkara itu disahkan oleh anaknya, Iqbar Hakim menerusi akaun Instagramnya pagi ini.
Dalam satu video, Iqbar dalam tangisannya meminta agar semua dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibunya.
Iqbar turut memuat naik gambar yang menyatakan bahawa dia mewakili arwah "Mami" dan meminta ampun atas apa-apa kesilapan.
Katanya, tragedi ini merupakan satu ujian berat buatnya, namun perlu kekal tabah untuk ketujuh-tujuh adiknya.
Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Wanita berusia 40 tahun yang berasal dari Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan itu popular dengan produk kecantikan terutamanya di Pantai Timur.
#Dnars Skincare #Faziani Rohban Ahmad #Instagram #Iqbar Hakim #kemalangan #Kota Bharu #meninggal dunia #Thailand
;