Pengasas bersama Undi18 Qyira Yusri menang Anugerah One Young World

Faida Rahim
Oktober 4, 2023 23:52 MYT
Qyra turut berterima kasih kepada Astro AWANI atas sokongan tidak berbelah bahagi serta memainkan peranan besar dalam perjalanannya sebagai pemimpin muda. - Foto X/Qyira Yusri
BELFAST: Pengasas bersama Undi18, Qyira Yusri diumumkan sebagai salah seorang pemenang Anugerah Kepimpinan One Young World yang mengangkat pemimpin muda terbaik berusia di antara 18-35 tahun ke platform antarabangsa.
Bercakap kepada Astro AWANI, Qyira berkata dia berterima kasih kepada individu sekeliling yang berada di sampingnya untuk menyokong perjalanannya bersama Undi18.
Qyira turut mengucapkan terima kasih kepada Astro AWANI atas sokongan tidak berbelah bahagi serta memainkan peranan penting dalam perjalanannya sebagai pemimpin muda.
Dalam satu ciapan di platform X, Qyira yang juga merupakan pengarah pendidikan Undi18 memaklumkan, dia berbesar hati menerima anugerah yang berlangsung di Belfast, Ireland itu pada Rabu.
"Terima kasih @Mailchimp dan @OneYoungWorld atas anugerah, platform dan peluang ini.
"Pemerkasaan demokrasi bermula dengan anak muda," tulisnya.
Pemenang bagi kategori ini dipilih berdasarkan pencapaian kepimpinan muda yang memberi impak positif kepada komuniti belia di negara masing- masing.
Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Kreatif Eksekutif dan Ketua Wink Creative di Intuit Mailchimp, Katie Potochney.

So incredibly humbled to be recognized among a stellar lineup of campaigners around the world! Thank you @Mailchimp and @OneYoungWorld for the award, the platform and the opportunity. Pemerkasaan demokrasi bermula dengan anak muda @UNDI18MY https://t.co/orbvuBShit pic.twitter.com/7vxWBpjeRm

— Qyira Yusri (@takterqyira) October 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#muda #Belia #Qyira Yusri #Anugerah One Young World
;