Pengasas bersama AirAsia Kamarudin Meranun, isteri positif COVID-19 di UK - Laporan

Astro Awani
Oktober 22, 2021 14:43 MYT
Kamaruddin dilaporkan berada di UK sejak sebulan lalu. - Foto IG Tony Fernandes
KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun dan isteri, Datin Siti Munajat Md Ghazali disahkan positif COVID-19.
Menurut laporan portal The Vibes, kedua-dua mereka kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di London, United Kingdom.
Tambah laporan berkenaan, Kamarudin dilaporkan berada dalam keadaan stabil manakala isterinya memerlukan bantuan mesin pernafasan.
Kedua-dua mereka dilaporkan dijangkiti virus beberapa hari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu perkongsian di laman Instagram Story peribadinya turut memberi kata-kata semangat agar segera sembuh.
Fernandes dalam mesej ringkasnya itu berkata, and a thought to brother @din.meranun . All the love in the world, Doing really well and ready to rock.
Kamarudin dilaporkan berada di UK bersama isteri beliau sejak sebulan lalu.
#Kamaruddin Meranun positif COVID-19 #United Kingdom #Tony Fernandes #AirAsia
;