Pengarah penguatkuasa MBSA direman 6 hari bantu siasatan lindungi premis judi haram

Astro Awani
Ogos 14, 2020 15:48 MYT
Pengarah penguatkuasa MBSA direman enam hari bagi membantu siasatan kes lindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh.
Seorang Pengarah penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.
Menurut sumber, perintah reman yang bermula hari ini sehingga 19 Ogos dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat.
Individu berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada jam 10.15 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan.
Penangkapan baharu itu sekali gus menjadikan keseluruhan 10 individu telah ditahan SPRM bagi kes berkenaan melibatkan sembilan pegawai dan anggota penguatkuasa MBSA dan seorang peniaga.
BACA: Lindungi premis haram: Tiga lagi penguat kuasa MBSA direman
BACA: PBT di Selangor digesa ambil tindakan terhadap anggota salah guna kuasa
Pagi tadi, tiga lagi penguatkuasa MBSA direman enam hari bagi membantu siasatan kes sama.
Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 40 dan 43 tahun itu difahamkan ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya antara pukul 1 dan 2 petang semalam.
BACA: Operasi besar-besaran: Peniaga mengeluh anggap MBSA 'balas dendam'
Mereka telah hadir ke ibu pejabat SPRM itu bagi memberi keterangan.
#judi #Mahkamah Majistret #Putrajaya #Rasuah #shah alam #SPRM #Sungai Buloh #suspek
;