KUANTAN: Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang dan kakitangannya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas pertuduhan memalsukan dokumen daripada sebuah syarikat pada 2020.
Tertuduh, Dayang Kartini Awang Bujang, 46, dan Mardziana Che Mohd Amin, 36, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dihadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Menurut kertas pertuduhan, kedua mereka didakwa dengan niat bersama telah memalsukan dokumen arahan pembayaran berkaitan perkhidmatan menyediakan aksesori set kepala pelanduk bagi jabatan kumpulan kesenian atas nama sebuah syarikat Anas Niaga berjumlah RM9,920 kepada jabatannya.
Kedua mereka didakwa mengetahui perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan Anas Niaga dengan niat supaya dokumen palsu itu digunakan bagi tujuan hendak menipu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di pejabat JKKN di Kuantan pada 26 Jun 2020.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun serta hendaklah dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan pegawai SPRM Kamariah Seman manakala kedua tertuduh diwakili peguam, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.
Mahkamah mebenarkan jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh dengan masing-masing seorang penjamin.
Kedua-dua tertuduh juga diminta melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada setiap bulan bermula bulan ini dan perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Kes disebut semula pada 22 Februari ini bagi penyerahan dokumen.
Mohd Zalani Md Atan
Thu Jan 20 2022
![Pengarah JKKN Pahang, kakitangan mengaku tidak bersalah buat tuntutan palsu RM9,920 Pengarah JKKN Pahang, kakitangan mengaku tidak bersalah buat tuntutan palsu RM9,920](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640608466_TBCourtHammer.jpg)
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pahang dan kakitangannya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan memalsukan dokumen daripada sebuah syarikat pada 2020.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000 Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730631727_TBsprm.jpg)
Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
![Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736334182_sprmbernama.jpg)
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.
![SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737520741_Kakitangankerajaan.jpg)
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
![Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000 Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737452797_tuntutanpalsukang.jpg)
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
![Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu RM85,500 Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu RM85,500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737439966_NazriAhmad.jpg)
Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu RM85,500
Seorang pemilik syarikat penyedia latihan didakwa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM85,500 kepada agensi sebuah kementerian.
![Dua anggota pasukan keselamatan direman kes tuntutan palsu Dua anggota pasukan keselamatan direman kes tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737436772_DuaTenteraDireman.jpg)
Dua anggota pasukan keselamatan direman kes tuntutan palsu
Kedua-dua suspek berusia 42 dan 31 tahun berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada 5.20 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.
![Pengurus syarikat kawalan keselamatan didakwa palsu dokumen tuntutan 'overtime' Pengurus syarikat kawalan keselamatan didakwa palsu dokumen tuntutan 'overtime'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731992825_TBCourtHammer.jpg)
Pengurus syarikat kawalan keselamatan didakwa palsu dokumen tuntutan 'overtime'
Seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas lima pertuduhan mengemukakan butir matan palsu bagi tuntutan jam bekerja.
![SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731839512_tbSPRM.jpg)
SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang pemilik syarikat disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu bernilai kira-kira RM10 juta.
![SPRM tahan bekas pengurus kanan disyaki bersubahat tuntutan palsu RM2 juta SPRM tahan bekas pengurus kanan disyaki bersubahat tuntutan palsu RM2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757513_sprmbernama.jpg)
SPRM tahan bekas pengurus kanan disyaki bersubahat tuntutan palsu RM2 juta
SPRM memaklumkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 6 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
![Suami isteri dicekup SPRM buat tuntutan palsu kepada SESB Suami isteri dicekup SPRM buat tuntutan palsu kepada SESB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Suami isteri dicekup SPRM buat tuntutan palsu kepada SESB
Suspek berusia antara 50 hingga 60-an itu masing-masing merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat swasta.