Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Khalid Ibrahim pada Selasa memohon maaf di atas insiden meminta seorang pelawat hospital memakai tuala mandi bagi memasuki hospital tersebut.

Dalam satu kenyataan media, Dr Khalid memohon maaf kepada mangsa yang bernama Nisha di atas kesulitan yang dihadapinya.

[[[
Kenyataan Dr Khalid yang dimuat naik di Facebook pada Selasa

"Kami memohon maaf di atas insiden berkenaan. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan kami tidak menghalang mana-mana pelawat dari memasuki hospital hanya kerana pakaian mereka.

"Bagaimanapun, kami menggalakkan orang ramai untuk berpakaian sopan ketika melawat pesakit," katanya melalui sebuah kenyataan Facebook.

Dr Khalid berkata, kejadian itu berlaku disebabkan oleh 'salah faham' dan aduan telah dibuat terhadap pengawal keselamatan yang memberikan arahan tersebut.

Sebelum ini, seorang pengguna Facebook bernama "Nisha Daddygal" mendakwa dipaksa memakai tuala mandi oleh pengawal keselamatan Hospital Sungai Buloh hanya kerana memakai seluar pendek ketika melawat pesakit bersama ayahnya.

BACA: Wanita disuruh pakai kain batik di pejabat JPJ

BACA: JPJ mohon maaf atas insiden kain batik

Pada 21 Jun lalu, Nisha berkongsi insiden yang berlaku terhadapnya di Facebook dimana dia dilarang untuk memasuki ke kawasan hospital oleh pengawal keselamatan hanya kerana memakai seluar pendek.
kkk
Status yang dimuat naik 'Nisha Daddygal' di Facebook

Menurut Nisha, sebaik sahaja dia sampai di pagar hospital, terdapat beberapa orang pengawal keselamatan menahannya dan berkata dia tidak boleh masuk kerana memakai seluar pendek.

facebook

fb
Foto-foto yang dimuat naik Nisha di Facebook
"Seperti yang diarahkan, ayah saya kemudian terpaksa masuk ke dalam wad dan meminjam kain tuala pesakit dan memberikan kepada saya untuk menutup bahagian lutut dan pinggang," tulis Nisha.

Bagaimanapun, menurut pegawal keselamatan tersebut, arahan itu diberi oleh pihak kementerian dan semua pelawat wajib mematuhinya.