Pengantin perempuan tidak dapat berjalan didukung abang sebelum diserah kepada pengantin lelaki

Keluarga
Disember 27, 2021 12:00 MYT
Pengantin perempuan didukung abang sebelum diserah kepada adik iparnya. -Foto keluarga.my
TIDAK dapat dinafikan hubungan adik beradik telah terjalin sejak kecil, hidup dan membesar bersama sememangnya penuh dengan rasa kasih sayang.
Apa yang pasti hubungan istimewa sesama adik beradik bolehlah diibaratkan seperti isi dengan kuku, sangat akrab!
Hal ini samalah seperti video yang dikongsikan di aplikasi TikTok oleh @83suka dengan memuat naik momen yang cukup mengharukan ketika majlis perkahwinan adik perempuannya yang tersayang.
Dia dengan rela hati mendukung adik perempuannya yang juga merupakan pengantin pada hari tersebut untuk menuju ke pengantin lelaki.
Ini memandangkan adik perempuannya itu tidak boleh berjalan dan hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda.
“Alhamdulillah. Lepas ni ada orang boleh jaga Kak Cik. Sedih sebenarnya melepaskan. Terima kasih adik ipar terima Kak Cik seadanya.
“Walau sudah bergelar isteri orang, kasih sayang kami tetap sama.”
Selain itu abangnya juga meminta agar adik iparnya terus menyayangi adiknya hingga ke akhir hayat dan pimpinlah tangan adiknya hingga ke syurga.
Bahkan dia juga berharap orang ramai dapat sama-sama mendoakan kebahagiaan adiknya yang kini telah berumahtangga.
Meninjau di akaun tiktok pengantin perempuan pula, dia turut mengucapkan terima kasih kepada abang tersayang yang telah sudi mendukungnya hingga ke pelaminan ketika akad nikah dan turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sudi menerima kekurangan dirinya.
Situasi ini cukup menyentuh hati dan mencuri tumpuan dan telah ditonton lebih sejuta tidak sampai satu hari ia dimuat naik.
Rata-rata sebak dan dan bangga melihat kasih sayang antara adik beradik yang ditunjukkan dalam keluarga ini. Netizen juga turut mendoakan agar pasangan ini terus berbahagian hingga keakhir hayat.
Sumber : Tiktok @83suka & @aydalaven
*Artikel asal di Keluarga
#perkahwinan #83suka #dukung pengantin perempuan
;