Pengantin hidap kanser meninggal dunia
Raffi Bachik
September 5, 2017 11:37 MYT
September 5, 2017 11:37 MYT
Lelaki penghidap kanser tahap empat hanya sempat bergelar suami kepada pasangannya, seorang muallaf, selama 10 hari.
Alfian Rizal, menghembuskan nafas terakhir jam 5 petang semalam, di sisi isteri Andrea Adrianna Law Abdullah, 31 tahun, serta ibu dan ayahnya.
Alfian Rizal, dan pasangannya mengikat tali percintaan yang dibina pada 26 Ogos lalu selepas perkenalan selama 12 tahun ketika menuntut di Universiti Multimedia (MMU) Melaka.
Ketika mengucap lafaz nikah, Alfian tidak lagi mampu berdiri dan berjalan.
Jenazah Alfian disemadikan di kampung halaman ibunya, Aisah Selamat, 57 tahun, di Parit Yani Tengah, Batu Pahat Johor malam Isnin.
Sementara itu, bapa Allahyarham, Rizal Abdullah, 61 tahun berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian Alfian.
Mereka tetap bersyukur impian Alfian untuk menikahi Andrea tercapai.
Mengikut perancangan awal, Alfian dan pasangannya Andrea dijadual bersanding bulan depan.
#Aisah Selamat
#Alfian Rizal
#Andrea Adrianna Law Abdullah
#kanser
#MMU Melaka
#Parit Yani Tengah
#Rizal Abdullah
#Universiti Multimedia