Pengantin abadikan persandingan dengan busana bertema Merdeka

Azyyati Ahmad
September 1, 2017 13:13 MYT
Syarul Hisham Abdul Azim dan Nurul Ashikin Zakaria bawa semangat merdeka dalam majlis persandingan mereka. FOTO/Instagram Sweet Pictures KL
Kemeriahan luar biasa sambutan Hari Kebangsaan tahun ini jelas dapat dilihat di garis masa sosial media hari ini.
Berbanding tahun-tahun sebelumnya, tahun ini ramai yang lebih kreatif mengenakan pakaian bercorak ‘Jalur Gemilang’ sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke 60.
Antara yang mendapat perhatian sepasang suami isteri yang memilih memakai busana bertemakan Merdeka pada hari persandingan mereka yang diadakan pada 31 Ogos.
Pasangan berkenaan, Syarul Hisham Abdul Azim dan Nurul Ashikin Zakaria, dari Pasir Puteh, Kelantan, turut membawakan tema yang sama kepada pengapit mereka.
Ketika dihubungi, pasangan pengantin ini memberitahu, mereka memilih tema sedemikian kerana merasakan suara kemerdekaan daripada golongan muda cukup penting untuk memastikan semangatnya terus dapat dipupuk dalam kalangan generasi baharu.
Foto-foto majlis perkahwinan mereka semalam yang dikongsi di akaun jurugambar rasmi, Sweet Pictures KL, rancak ditularkan netizen yang meluahkan kekaguman dengan kelainan yang dibuat mereka.
#Jalur Gemilang #Merdeka #Pengantin #Tular
;