Penganjuran Lima 2013 dijangka terbaik
Astro Awani
Mac 5, 2013 07:05 MYT
Mac 5, 2013 07:05 MYT
Pameran Antarabangsa Maritim dan Aero-Angkasa Langkawi (Lima) 2013 dijangka yang terbaik berbanding penganjurannya sebelum ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, ia bakal menyaksikan 421 syarikat dari 29 negara akan mengambil bahagian pada edisi ke-12.
Jelasnya penyertaan tersebut merupakan yang terbanyak sejak pameran itu mula diadakan pada 1991.
Malah beliau yakin ia mampu menarik puluhan ribu pelawat untuk mengunjungi pameran tersebut.
Tambah Ismail selain pameran Lima 2013 kali ini akan turut menyaksikan sebanyak enam perjanjian persefahaman akan ditandatangani.
Ia juga bakal mempamerkan kehebatan tiga pasukan aerobatik melakukan persembahan di ruang udara Langkawi.
Antaranya pasukan aerobatik Jupiter dari Tentera Nasional Indonesia, Pasukan Smokey Bandits dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pasukan aerobatik 1Malaysia 'Krisakti'.
Ismail berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa 'Lima 2013 yang dihadiri oleh kesemua agensi-agensi yang terlibat di Langkawi.