Penganggur dituduh bunuh rakan serumah

Abd Razak Mohd Ali
September 11, 2020 12:43 MYT
Tiada pengakuan direkodkan daripada R Gunaselvam (tengah) selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh. - Foto Astro AWANI
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kampar pada Jumaat atas tuduhan membunuh rakan serumah yang juga seorang bekas sami, bulan lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada R Gunaselvam, 30, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa telah membunuh dengan menyebabkan kematian K Chalappan, 54, di Jalan Kampung Batu Puteh di sini antara jam 7 malam hingga 11.30 malam, 20 Ogos lalu.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Norashikin Hassanor dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 November depan sebagai sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat, forensik dan kimia.
#bunuh #Mahkamah Majistret #tuduhan bunuh
;