KUALA LUMPUR: Seorang penganggur ditahan kerana disyaki sengaja menyebabkan kecederaan dengan menampar dan memijak kepala anak perempuannya berusia 16 tahun di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata ketika kejadian lelaki berusia 50 tahun itu berada di bawah pengaruh alkohol dan bertengkar dengan isterinya yang merupakan ibu mangsa berkaitan wang.
Beliau berkata lelaki itu dipercayai menyuruh isterinya meminta duit daripada ahli keluarga yang lain, namun dia enggan menyebabkan suspek marah dan menarik rambut ibu mangsa.
"Kemudian suspek meminta mangsa yang melihat kejadian itu, menemani ibunya ke rumah ahli keluarga yang lain namun anak perempuannya itu enggan menyebabkan dia berang lalu menampar kepala sebelah kanan, memukul serta memijak kepala remaja tersebut.
"Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang dan semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya suspek direman hingga Ahad ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 kerana sengaja menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022

Seorang penganggur ditahan kerana disyaki sengaja menyebabkan kecederaan dengan menampar dan memijak kepala anak perempuannya berusia 16 tahun di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang awal pagi tadi. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penganggur ditahan bersama ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan seorang penganggur dan merampas 16.6 kilogram (kg) ganja dianggar bernilai RM51,646.

Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya pada Selasa lalu.

Penganggur bunuh adik, ibu saudara, dihukum penjara 35 tahun, 24 sebatan
Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun kepada seorang penganggur kerana membunuh adik lelaki dan ibu saudaranya pada 2016.

Tikam 20 kali: Penganggur didakwa bunuh pereka dalaman
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman yang maut ditikam 20 kali.

Penganggur miliki 46 rekod lampau ditahan kes curi komponen lori di Simpang Ampat
Suspek berusia 47 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada Rabu, susulan laporan kecurian komponen lori di kawasan tersebut.

Penganggur rugi RM174,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang penganggur mengalami kerugian lebih RM174,000 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud di Kuala Ketil, Baling sejak enam tahun lepas.

Penganggur didakwa bunuh isteri
Tertuduh disyaki membunuh mangsa kerana tidak puas hati apabila wanita itu meneruskan tuntutan fasakh.

Cubaan ragut gagal, polis tahan penganggur
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Penganggur dipenjara enam tahun bakar kereta milik seorang wanita
Seorang penganggur dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membakar sebuah kereta milik seorang wanita, dua bulan lepas.

Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin
Tertuduh, A Nathan, 48 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.