Penganggur didakwa mencuri hasil tabung masjid

Bernama
Disember 27, 2012 07:37 MYT
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan mencuri wang tabung masjid berjumlah RM500, Ahad lepas.
Muhamad Shahfadil Mizuar, 24, didakwa mencuri wang tabung milik Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala di sini pada 1.15 tengah hari di hari kejadian.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Suzarka Sahak menetapkan 4 Feb depan untuk sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad.
#Mahkamah Majistret #Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah #Muhamad Shahfadil Mizuar #penganggur #Siti Aisyah Ahmad