Penganggur didakwa membunuh

Abd Razak Mohd Ali
September 10, 2020 12:58 MYT
Mohd Rozaimy didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan. - Astro AWANI
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal September lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan apabila pertuduhan dibacakan terhadap Mohd Rozaimy Amer, 30 tahun, di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob.
Dia didakwa membunuh Muhammad Izar Mohommad Anuar, 22 tahun, di hadapan sebuah rumah di Kampung Jalong, kira-kira jam 1.30 petang, 1 September lalu.
Mohd Rozaimy didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hwei manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
#hukuman mati #Kampung Jalong #Kanun Keseksaan #mahkamah #Mahkamah Majistret #Sungai Siput #tuduhan bunuh
;