Penganggur didakwa ceroboh rumah ADUN

Bernama
Oktober 16, 2024 17:22 MYT
Mohd Khairol Anuar (dua dari kiri) mengaku bersalah menceroboh kediaman ADUN Pengkalan Baharu di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Rabu. - Foto Sinar Harian
MANJUNG: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh rumah Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Baharu Azman Noh pada 12 Okt lepas.
Mohd Khairol Anuar Nordin, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid.
Dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurjihan Jaya manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nur Shaqira Ibrahim.
Fakhrul Razzi menetapkan 23 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Pantai Remis.
-- BERNAMA
#penganggur didakwa #ceroboh rumah ADUN #Azman Noh #Mahkamah Majistret Manjung
;