Susulan perletakkan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu serta tindakan beliau keluar daripada UMNO pada Isnin, Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Kartini Aboo Thalib Khalid mengulas krisis politik di negeri itu.

Dalam temubual bersama Astro AWANI, beliau mengimbas kembali sejarah kepimpinan membabitkan peralihan menteri-menteri besar Terengganu sebelum ini serta menerangkan mengenai impak terhadap keputusan Datuk Seri Ahmad Said keluar daripada parti.