Pengamal perubatan tradisional dakwa mampu ubati virus HIV

Astro Awani
November 21, 2013 08:44 MYT
Seorang pengamal perubatan tradisional dari Machang, Kelantan mendakwa mampu mengubati HIV dengan kaedah rawatan tradisional.
Tuan Mohd Tuan Bongsu menjelaskan, hasil kajian dan penyelidikan serta kaedah rawatan yang diperolehi dari tabib cina dan pengamal perubatan tradisional lain, beliau mencipta ramuan tradisional dan menghasilkan ubat herba yang boleh menjadi penawar kepada penyakit HIV dan AIDS.
Katanya, kisah ini bermula lebih 10 tahun lalu, apabila salah seorang ahli keluarganya mengidap HIV kerana penagihan dadah.
Bermula di situ beliau mula mencipta ubat tersebut dan setelah tiga tahun, akhirnya pesakit tersebut menunjukan hasil dan bebas dari HIV setelah pemeriksaan darah dijalankan.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.
#AIDS #HIV #Kelantan #pengamal perubatan tradisional
;