Pengamal media harus patuh prinsip Rukun Negara - Zulkarnain Yassin

Faida Rahim
September 6, 2023 00:37 MYT
Zulkarnain berpendapat, kebencian akan sentiasa terpupuk jika kandungan disampaikan tertumpu tentang ancaman sekali gus gagal mewujudkan perpaduan bangsa. - Gambar fail/MCMC
KUALA LUMPUR: Segelintir pengamal media terutama dari platform digital melanggar prinsip rukun negara dengan menyampaikan berita palsu sekali gus membina tanggapan negatif dalam minda masyarakat.
Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Zulkarnain Mohd Yassin berpendapat, kebencian akan sentiasa terpupuk jika kandungan disampaikan tertumpu tentang ancaman sekali gus gagal mewujudkan perpaduan bangsa.
"Ini adalah sesuatu yang tidak sihat dan perlu ditangani. Sebab itu seperti soalan, adakah kritik itu salah, tidak salah asalkan ia sesuatu yang mempunyai asas menghormati kejujuran, menghormati untuk menambah baik kekurangan yang ada sekarang di dalam kepimpinan negara ini," katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Dalam pada itu katanya, kebebasan media di negara ini perlu menitik beratkan penyampaian berita yang dapat memperkukuh kasih sayang dalam masyarakat.
Beliau menjelaaskan, pihak MCMC tidak berniat untuk menyekat kebebasan namun mengambil pendekatan dengan mengadakan perbincangan dan melihat perspektif dari sudut berbeza sebelum tindakan diambil.
"Dari satu aspek kita boleh teruskan sahaja dengan mengambil tindakan dan pendakwaan tetapi kita mengambil pendekatan mengadakan perbincangan jadi itu mungkin tidak dilihat.
"Masyarakat sekarang sangat judgemental, itu yang menjadi masalah. Kita mahu melihat masyarakat kita yang aman serta tiada masalah di dalam masyarakat hormat-menghormati termsuk," ujarnya.
Agenda AWANI: Isu 3R | Mengapa perlu bendung segera?
#berita palsu #MCMC #Datuk Zulkarnain Mohd Yassin #menyekat kebebasan
;