Pengamal media di IJN, pantau perkembangan Tun Mahathir
Fareez Azman
Januari 22, 2022 15:23 MYT
Januari 22, 2022 15:23 MYT
KUALA LUMPUR: Pengamal media tempatan dan luar negara sudah mula berkumpul di Institut Jantung Negara (IJN) bagi memantau perkembangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad selepas beliau dilaporkan dimasukkan ke IJN, di ibu negara, pada Sabtu.
Astro AWANI difahamkan Ahli Parlimen Langkawi itu sedang dipantau di unit Rawatan Rapi Koronari (CCU), IJN.
Difahamkan, kenyataan rasmi berhubung status kesihatan Dr Mahathir, 96, akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif pada Jan 7 lalu sebelum dibenarkan pulang pada Jan 13.
Astro AWANI sedang memantau rapat perkembangan di IJN dan akan membawakan berita terkini di semua platform televisyen, digital dan media sosial.