Pengamal media berkampung di hadapan Istana Negara
Firdaus Azil
Ogos 16, 2021 12:05 MYT
Ogos 16, 2021 12:05 MYT
KUALA LUMPUR: Sebilangan besar petugas media dari pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa telah mula berkampung di hadapan pintu utama Istana Negara sejak awal pagi Isnin.
Hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan surat peletakan jawatan beliau.
Selain itu media melaporkan Ahli Parlimen Pagoh itu akan mempersembahkan beberapa nama sebagai calon untuk Agong pertimbangkan sebagai Perdana Menteri seterusnya.
Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, media telah mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi.
Politik | Perkembangan di Istana Negara setakat jam 10 pagi
Ekoran jumlah pengamal media yang ramai, anggpta Polis Diraja Malaysia yang berkawal telah meletakkan kon dan garisan kuning bagi tujuan keselamatan.
Selain itu PDRM juga mengeluarkan peringatan dari semasa ke semasa untuk petugas media menjaga jarak dan terus mengamalkan SOP.
#Yang di-Pertuan Agong
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#calon perdana menteri
#PM letak jawatan
#Muhyiddin letak jawatan
#Calon PM
#UMNO
#Bersatu