Pengalaman ditahan rejim Israel ingatkan keperitan Palestin

Astro Awani
Mac 23, 2013 14:42 MYT
Berikutan permohonan maaf Benjamin Netanyahu kepada Turki berhubung insiden serangan tentera rejim Yahudi ke atas Flotila pembebasan Gaza, Mavi Marmara, wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail turut mengulas lanjut.
Wartawan Astro Awani itu dan jurukamera Samsul Kamal Abdul Latip ialah antara yang ditahan ketika mengikuti misi Flotila tersebut dengan menaiki kapal Mavi Marmara, tiga tahun lalu.
Ashwad merasakan kenangan tersebut sering mengingatkannya tentang keperitan kehidupan rakyat Palestin yang melalui kekejaman tentera Israel setiap hari sejak lebih enam dekad lalu.
Ashwad juga melihat permohonan maaf oleh Perdana Menteri Israel itu tidak memberikan apa-apa makna, hanyalah permainan hubungan antarabangsa yang mempunyai agenda halus.
Tentera Israel telah menceroboh dan menyerang Flotila pembebasan Gaza di kawasan perairan antarabangsa di Laut Mediterranean pada 31 Mei 2010.
Ikuti video temubual lanjut bersama Ashwad Ismail.
#Ashwad Ismail #Gaza #Israel #Mavi Marmara #misi Flotila #Samsul Kamal Abdul Latip #Turki
;