Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara

Sinar Harian
Januari 30, 2023 09:20 MYT
Fahmi Zainol berkata, Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pengalaman, bakat dan ruang yang ada pada Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar sebelum ini dapat diguna pakai bagi membantu membangunkan negara dari segi ekonomi dan kewangan.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Fahmi Zainol berkata, Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.
“Idea-idea seperti ini kami yakin beliau (Izzah) dapat laksanakan di peringkat yang lebih tinggi.
“Kami berharap agar Nurul Izzah, Ketua Cabang Permatang Pauh merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan ruang dan peluang ini sebaik mungkin dalam usaha yang membantu masyarakat dan negara ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.
“Kami anak muda Permatang Pauh menyambut baik dan bangga dengan pelantikan ini,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Ahad.

Pengalaman dan bakat yang ada oleh Naib Presiden Keadilan akan membantu membawa kebaikkan kepada negara. https://t.co/BYGWSDs7Z2

— Fahmi Zainol (@fahmizainol91) January 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

AMK Permatang Pauh Menyambut Baik Pelantikkan Puan Nurul Izzah Anwar Sebagai Penasihat Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan Pejabat Perdana Menteri. Fahmi Zainol Ketua AMK Permatang Pauh 29 Januari 2023 pic.twitter.com/vlg3jh6rZt

— Fahmi Zainol (@fahmizainol91) January 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Ahad, Nurul Izzah mendedahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi wawancaranya bersama The Star, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu bahawa pelantikannya berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.
Beliau dalam masa sama berharap agar pengalamannya sebagai ahli Parlimen sebelum ini, menumpukan dalam isu kemiskinan, pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) selain perkhidmatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan memberi manfaat padanya. -Sinar Harian
#Nurul Izzah Anwar #Fahmi Zainol #penasihat kanan ekonomi dan kewangan #kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh
;