Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya

Azib Zikry
Julai 4, 2024 12:30 MYT
Kebanyakan universiti di dunia ini masih menggunakan kerangka akademik barat yang sudah berusia berpuluh-puluh tahun dan ia menuntut perubahan segera, kata Muhammad Yahya al-Ninowy.
KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan Islam memerlukan pendekatan yang baharu untuk menyesuaikan diri dengan realiti semasa, kata Syaikh Prof Dr Muhammad Yahya al-Ninowy.
Menurut Pengarah Pengasas Medina Institute Amerika Syarikat itu, kebanyakan universiti di dunia ini masih menggunakan kerangka akademik barat yang sudah berusia berpuluh-puluh tahun dan ia menuntut perubahan segera.
Sistem universiti ketika ini, ujarnya, masih mengajar penyelesaian masalah biasa dan sebagainya yang masih mempunyai kerangka akademik barat.
Sedangkan, hakikatnya, kata beliau, ia merupakan kurikulum tradisional yang ditubuhkan lebih tiga atau lebih ratus tahun yang lalu, dan kita perlu melihat perkara.
Dalam masa yang sama Muhammad Yahya turut berkata, penggunaan teologi yang dibawa beberapa dekad lalu tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.
Menurut beliau, dalam tempoh beberapa dekad yang lalu, pandangan dominan terhadap Islam di seluruh dunia bukanlah sesuatu yang tradisional dan ia perlu diubah.
"Hari ini, perkara berkenaan hujah-hujah teologi itu perlu disesuaikan dan diterima pakai.
"Perubahan dalam pendekatan pengajian Islammemerlukan kajian antara disiplin.
"Ini kerana kita berhadapan dengan realiti yang berbeza hari ini (terutamanya) keterbukaan maklumat.
"Sejak 40-50 tahun (4-5 dekad) yang lalu kita mempunyai pandangan yang sangat dominan terhadap Islam, di seluruh dunia, yang tidak semestinya tradisional, dan membuatkan kita atau memaksa kita untuk mengubah pendekatan kita," katanya.
Beliau berkata demikian kita berucap pada sesi kelima simposium Antarabangsa MADANI yang bertemakan Revisiting the Ideal of Islam, Moderation and Moderate Muslims For the Contemporary World.
Pengajian akademik Islam masih guna kerangka barat
#Islam #pendidikan #pengajian #Muhammad Yahya al-Ninowy
;