Pengacara Fedtri Yahya kemalangan, kini dirawat di hospital

Ridauddin Daud
September 16, 2020 22:59 MYT
Ahmad Fedtri Yahya terlibat dalam kemalangan dan kini sedang menjalani rawatan di hospital. - Gambar Instagram
SELEBRITI yang juga pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya terlibat dalam kemalangan dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.
Berita itu dikongsikan isterinya Nurul Anati Ismail menerusi satu status yang dimuat naik menggunakan akaun Instagram rasmi suaminya.
“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.
“Banyak kecederaan di muka - semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah.
"Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” tulisnya.
Nurul Anati turut memuat naik gambar suaminya itu yang dilihat ada tampalan di dagu, mulut dan di keningnya.
#Ahmad Fedtri Yahya #Farisha Iris #Hospital #Instagram #kemalangan #Lah Ahmad #Nurul Anati Ismail