Pengabaian laporan salah laku: JPA dalam proses ambil tindakan - KSN

Sinar Harian
Mei 17, 2023 10:05 MYT
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (kiri) ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi jawatankuasa khas dalam proses mengambil tindakan berhubung pengabaian lebih 500 laporan salah laku beberapa agensi kerajaan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, beberapa langkah segera sudah diambil antaranya Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya akan minta JPA beri penjelasan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Madani Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Rabu.
Baru-baru ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mendedahkan beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku kakitangan mereka, walaupun pihaknya mengesyorkan untuk mengambil tindakan.
Berdasarkan statistik, daripada 533 laporan, 125 membabitkan agensi penguatkuasaan. -- Sinar Harian
#JPA #laporan salah laku #Mohd Zuki Ali #Azam Baki