Penetapan zon kurang jenayah satu langkah inovatif - MCPF

Astro Awani
Mei 30, 2013 03:36 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang menggunakan pendekatan penetapan zon di dalam pusat bandar dan kawasan panas bagi mengurangkan jenayah jalanan.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye dalam reaksi beliau terhadap cadangan itu, berpendapat ia adalah satu langkah yang inovatif dan harus diketengahkan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI sebelum ini berkata tindakan itu adalah sebahagian daripada tindakan drastik yang digariskan PDRM dalam usaha mengurangkan kes jenayah terutamanya membabitklan jenayah jalanan..
Berdasarkan penetapan zon itu, penunggang motosikal juga tidak akan dibenar masuk ke zon yang ditetapkan bagi mewujudkan kawasan selamat.
Beliau berkata, pendekatan itu telah dilaksanakan di beberapa negara maju dan terbukti berkesan dalam membanteras jenayah jalanan.
#Polis Diraja Malaysia (PDRM) #Tan Sri Lee Lam Thye