Peneroka, Orang Asli tertindas
Astro Awani
Februari 13, 2013 07:53 MYT
Februari 13, 2013 07:53 MYT
Isu peneroka dan masyarakat Orang Asli yang mendakwa tertindas akibat projek ladang rakyat di Kelantan mendapat perhatian pelbagai pihak.
Ramai berpendapat ia memberi implikasi buruk dan menjejaskan kehidupan golongan terbabit.
Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah tindakan kerajaan negeri memajak tanah kepada pihak luar, bukan setakat mengadai tanah rizab Melayu, Malah, ia menganiaya peneroka.
Sementara itu, ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Abd Ghani mendakwa kerajaan negeri tidak peka dengan keluhan rakyat.
Dalam pada itu, seorang peguam, Nor Azli Ahamed berkata, peneroka boleh membawa perkara itu ke muka pengadilan.
Tegasnya, bukti yang ada merupakan jalan terakhir untuk membela nasib peneroka yang terjejas melalui saluran undang-undang.