Penerimaan resolusi kesederhanaan oleh PBB satu kejayaan - PM Najib

Bernama
Disember 11, 2017 09:50 MYT
PM NAJIB: Alhamdulillah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima resolusi Malaysia untuk menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikal menggunakan pendekatan kesederhanaan. -Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penerimaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap resolusi menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikalisasi, sebagai satu kejayaan untuk Malaysia.
"Alhamdulillah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima resolusi Malaysia untuk menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikal menggunakan pendekatan kesederhanaan.
"Satu lagi kejayaan bersejarah buat #Negaraku," katanya dalam catatan di laman Twitter.

Alhamdulillah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima resolusi Malaysia untuk menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikal menggunakan pendekatan kesederhanaan. Satu lagi kejayaan bersejarah buat #Negaraku.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 10, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Resolusi itu yang merupakan inisiatif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) diterima dalam Sesi ke-72 Perhimpunan Agung PBB di New York pada Jumaat.
Antara kandungan resolusi itu adalah pengumuman tahun 2019 sebagai Tahun Kesederhanaan Global dalam usaha menggerakkan gelombang suara kesederhanaan menerusi promosi dialog, nilai toleransi dan usaha ke arah kerjasama yang lebih erat di kalangan masyarakat antarabangsa.
Resolusi itu dibentangkan oleh Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York, Datuk Seri Mohd Shahrul Ikram Yaakob pada September lepas.
Ia diterima melalui undian oleh 135 negara anggota PBB kecuali Amerika Syarikat dan Israel yang telah menentang serta tiada negara yang berkecuali. -- Bernama
#ekstremisme #Gerakan Kesederhanaan Global #GMM #Najib Razak #PBB #Perhimpunan Agung PBB #Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu #radikalisasi #United Nations