PUTRAJAYA: Penerima vaksin COVID-19 diingatkan supaya mengesahkan kehadiran janji temu dalam tempoh 48 jam selepas menerima butiran dan tarikh untuk divaksin.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan COVID-19 Immunisation Task Force (CITF), kegagalan memberikan pengesahan akan menyebabkan janji temu dibatalkan dan dijadualkan semula serta slot untuk janji temu tersebut diberikan kepada orang lain.
"Ini akan memastikan perancangan di pusat vaksinasi dan pengedaran vaksin dapat dilaksanakan dengan lancar.
"Sekiranya mereka mengesahkan untuk hadir bagi janji temu vaksinasi, peringatan akan kehadiran mereka untuk hari yang telah ditetapkan akan dihantar tiga dan sehari sebelum tarikh vaksinasi," menurut CITF hari ini.
Menurut kenyataan itu, proses notifikasi untuk penerima vaksin bagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dimaklumkan melalui dua kaedah iaitu aplikasi MySejahtera dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
CITF menyatakan notifikasi itu akan diberikan kepada mereka yang telah berdaftar atau yang telah didaftarkan oleh tangunggan masing-masing.
"Untuk pengguna MySejahtera, satu notifikasi diberikan yang memaklumkan mereka untuk menyemak butiran janji temu di aplikasi MySejahtera dan pada masa yang sama, mereka juga akan menerima SMS untuk menyemak butiran janji temu di MySejahtera.
"Mereka diminta mengesahkan kehadiran janji temu vaksinasi dalam tempoh 48 jam melalui aplikasi MySejahtera. Apabila hampir tamat tempoh 48 jam tersebut, peringatan untuk mengesahkan janji temu juga akan dihantar sekiranya jawapan masih belum diberi," menurut kenyataan itu.
Bagi mereka yang tidak mendaftar melalui MySejahtera, butiran janji temu akan dihantar melalui SMS dan penerima akan dimaklumkan mengenai saluran untuk membuat semakan tarikh janji temu seperti di laman web dan sebagainya.
"Mereka juga diingatkan supaya mengesahkan kehadiran janji temu dengan membalas YA atau TIDAK," menurut CITF.
Menurut kenyataan itu lagi, mereka yang tidak menerima sebarang notifikasi melalui SMS atau MySejahtera bermaksud giliran mereka untuk divaksinasi masih belum tiba.
Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula 19 April, menyasarkan golongan berisiko seperti warga emas, individu yang mempunyai sejarah penyakit (komorbiditi) dan Orang Kurang Upaya.
Maklumat janji temu telah mula dihantar kepada mereka yang terpilih bermula Isnin lepas (5 April).
Orang ramai yang mempunyai sebarang isu mengenai pengesahan janji temu bagi fasa kedua boleh menghubungi talian 1800-888-828.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 09 2021
Penerima vaksin COVID-19 diingatkan supaya mengesahkan kehadiran janji temu dalam tempoh 48 jam selepas menerima butiran dan tarikh untuk divaksin. - Gambar fail/BERNAMA
Lebih 30 ancaman bom palsu sasar lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh AS
Hampir 30 ancaman bom palsu menyasarkan lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh Amerika Syarikat.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
AWANI Pagi: Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial
Ikuti diskusi siaran luar 8.30 pagi Rabu dari Hotel Tenera, Bangi bersama Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman membincangkan mengenai signifikan Arkib Negara Malaysia menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti.
PM Anwar jumpa pelabur berpotensi pada hari ketiga lawatan kerja ke China
PM Anwar dijangka bertemu beberapa syarikat dan mengadakan sesi meja bulat dengan 23 kapten industri.
AWANI Pagi : AS Memilih | Perebutan ke White House
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Saqib Sheikh, Felo Pelawat Institut Kepimpinan dan Strategi ASEAN , dan Dr. Oh Ei Sun, Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, yang akan membincangkan mengapa Pilihan Raya Presiden AS ini penting untuk seluruh dunia serta implikasi besar yang mungkin tercetus selepas keputusan diumumkan.
Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.
Tinjauan CNN: Panarafan kelulusan Biden merosot ketika pengundi luahkan ketidakpuasan
Penarafan kelulusan Presiden AS, Joe Biden yang bakal berundur menunjukkan penurunan di seluruh negara.
Siapa ke White House, Harris atau Trump?
Pandangan geostrategis Azmi Hasan mengenai pillihan raya Presiden Amerika Syarikat, saingan antara Kamala Harris dari Demokrat dan Donald Trump, wakil Republikan dalam proses demokrasi yang dianggap sengit dalam sejarah negara itu.
Tanpa pelaburan tahan cuaca, bandar-bandar dunia diancam kerugian AS$1 trilion setiap tahun - Laporan PBB
Bandar-bandar di seluruh dunia memerlukan sehingga AS$5.4 bilion untuk membina infrastuktur bandar yang mampu beradaptasi dengan ancaman perubahan iklim.
Pengundi di Michigan bawa kebimbangan mengenai Gaza ke pusat pengundian
Komuniti Muslim di negeri terbabit tampil menyuarakan kemarahan mereka terhadap sokongan AS terhadap tindakan Israel di Gaza.
COVID-19: Doktor Malaysia di UK syukur disenarai kumpulan pertama terima vaksin
Dr Azhan berkata, perkara itu penting memandangkan beliau merupakan petugas barisan hadapan yang berdepan dengan risiko jangkitan virus itu.