KUALA LUMPUR: Penerima vaksin COVID-19 Sinovac yang bakal berlepas ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah dalam masa terdekat, kini boleh membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran untuk mendapatkan dos penggalak.
Ia adalah sebahagian daripada syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi membenarkan jemaah yang menerima suntikan vaksin keluaran syarikat China itu untuk menunaikan umrah.
Pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) memberitahu, permohonan itu boleh dilakukan bila-bila masa sebelum mereka berlepas dengan syarat suntikan kedua vaksin berkenaan telah melebihi tempoh yang ditetapkan.
Katanya, bagi penerima vaksin Sinovac, mereka boleh mendapatkan suntikan penggalak, sekurang-kurangnya tiga bulan menerima suntikan dos kedua.
"Kita sarankan mereka untuk membuat permohonan bila-bila masa untuk mendapatkan suntikan penggalak ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Sebelum ini hanya mereka yang menerima suntikan vaksin Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja yang dibenarkan untuk menunaikan umrah dan haji.
Namun baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi membenarkan individu yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat mendapatkan dos penggalak seperti mana ditetapkan.
Syarat pengambilan dos penggalak itu hanya dikenakan kerajaan Arab Saudi kepada vaksin jenis Sinovac, sementara Pfizer dan Astra Zeneca tidak memerlukan dos penggalak.
Umavathi Ramayah
Mon Nov 01 2021
![Penerima Sinovac kini boleh dapatkan dos penggalak sebelum tunai umrah Penerima Sinovac kini boleh dapatkan dos penggalak sebelum tunai umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51601805835_umrah.jpg)
Penerima vaksin Sinovac yang akan mengerjakan umrah kini boleh memohon mendapatkan dos penggalak di PKD berhampiran. - Gambar fail/REUTERS
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![CITF-C perinci pemberian vaksin Sinovac untuk kanak-kanak CITF-C perinci pemberian vaksin Sinovac untuk kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645001391_TBNOORAZMI.jpg)
CITF-C perinci pemberian vaksin Sinovac untuk kanak-kanak
Perincian perihal pemberian vaksin Sinovac kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun akan diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) malam ini.
![Sinovac antara vaksin paling selamat untuk golongan pediatrik - Pharmaniaga Sinovac antara vaksin paling selamat untuk golongan pediatrik - Pharmaniaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643431590_SANDAKAN.jpg)
Sinovac antara vaksin paling selamat untuk golongan pediatrik - Pharmaniaga
Golongan kanak-kanak dan remaja perlu divaksin untuk mengecilkan lagi risiko permutasian dan kebolehjangkitan virus COVID-19 dalam masyarakat.
![Kajian terbaharu tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 berkesan ke atas Omicron Kajian terbaharu tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 berkesan ke atas Omicron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641800975_Syarikatfarmaseutik.jpg)
Kajian terbaharu tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 berkesan ke atas Omicron
Data penyelidikan terbaharu diterbitkan Sinovac Biotech Ltd menunjukkan bahawa tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 menghasilkan antibodi peneutral yang lebih tinggi dalam 95 peratus penerima.
![Harga runcit, borong maksimum untuk vaksin COVID-19 Sinovac Sinopharm ditetapkan Harga runcit, borong maksimum untuk vaksin COVID-19 Sinovac Sinopharm ditetapkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642083917_VaksinCOVID.jpg)
Harga runcit, borong maksimum untuk vaksin COVID-19 Sinovac Sinopharm ditetapkan
Harga runcit dan borong maksimum bagi dua produk vaksin COVID-19 jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm akan ditetapkan berkuat kuasa Sabtu ini (15 Jan).
![Tiga dos vaksin Sinovac mampu beri 94 peratus perlindungan terhadap varian Omicron Tiga dos vaksin Sinovac mampu beri 94 peratus perlindungan terhadap varian Omicron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630543629_Sinovac.jpg)
Tiga dos vaksin Sinovac mampu beri 94 peratus perlindungan terhadap varian Omicron
Kajian terbaharu menunjukkan tiga dos vaksin keluaran syarikat biotech Sinovac mampu menghasilkan antibodi peneutralan sebanyak 94 peratus terhadap varian COVID-19 Omicron.
![KKM kumpul 663 sampel bagi kajian vaksin Sinovac kanak-kanak KKM kumpul 663 sampel bagi kajian vaksin Sinovac kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639220313_VaksinCOVID.jpg)
KKM kumpul 663 sampel bagi kajian vaksin Sinovac kanak-kanak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengumpul 663 sampel di seluruh negara untuk kajian bagi menentukan sama ada vaksin Sinovac sesuai diberikan kepada golongan kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun.
![Vaksin COVID-19: Pejabat Kesihatan Tawau sasar 30,000 penerima dos penggalak Vaksin COVID-19: Pejabat Kesihatan Tawau sasar 30,000 penerima dos penggalak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633340091_Sinovac.jpg)
Vaksin COVID-19: Pejabat Kesihatan Tawau sasar 30,000 penerima dos penggalak
Jumlah itu terdiri daripada penerima vaksin Sinovac dan Pfizer-BioNTech daripada golongan warga emas.
![Vaksin COVID-19: Hong Kong turunkan had umur ambil vaksin mulai usia 3 tahun Vaksin COVID-19: Hong Kong turunkan had umur ambil vaksin mulai usia 3 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635327455_hongkong.jpg)
Vaksin COVID-19: Hong Kong turunkan had umur ambil vaksin mulai usia 3 tahun
Remaja berumur 12 hingga 17 tahun akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin CoronaVac.
![Ambil dos penggalak, ikuti kawalan wabak Ambil dos penggalak, ikuti kawalan wabak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637154448_TBPHARMANIAGA.jpg)
Ambil dos penggalak, ikuti kawalan wabak
Perkembangan situasi pandemik di dunia kini telah membuktikan pentingnya penggunaan dos penggalak.
![Sinovac, Astrazeneca dipertimbang sebagai dos penggalak - Khairy Sinovac, Astrazeneca dipertimbang sebagai dos penggalak - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636427094_KhairyJamaluddin.jpg)
Sinovac, Astrazeneca dipertimbang sebagai dos penggalak - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan vaksin Sinovac dan AstraZeneca digunakan untuk suntikan dos penggalak, kata menteri berkenaan Khairy Jamaluddin.