Penerbit 'St. Louis Superman' Poh Si Teng dilantik Pengarah Dana IDA

Agensi
Januari 31, 2021 23:30 MYT
Sebelum menyertai IDA, Si Teng bertangungjawab sebagai pesuruhjaya dokumentari Al Jazeera di AS, Kanada dan Amerika Latin. - Gambar/ Facebook @Poh Si Teng
KUALA LUMPUR: Penerbit filem bebas prolifik dari Malaysia, Poh Si Teng menyertai International Documentary Association (IDA) yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) sebagai Pengarah bagi Program Dana dan Perusahaan.
Beliau yang berasal dari Pulau Pinang itu kini bertangungjawab untuk menyelia dan membina portfolio geran IDA serta menjadi pegawai perhubungan dalam bidang dokumentari di peringkat global, lapor portal antarabangsa Variety.
Si Teng menggantikan Carrie Lozano yang menyertai Sundance Institute sebagai pengarah program filem dokumentari pada pertengahan tahun 2020 lalu.
Sebelum menyertai IDA, Si Teng bertangungjawab sebagai Pesuruhjaya Dokumentari bagi Al Jazeera di AS, Kanada dan Amerika Latin.
Beliau juga pernah bertugas sebagai penerbit kanan siri dokumentari "Witness" terbitan Al Jazeera.
Si Teng pernah mencipta sejarah apabila menerima pencalonan di Oscar hasil penerbitan dokumentari bertajuk "St. Louis Superman".
Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan di The New York Times, Times dan Wall Street Journal.
#Poh Si Teng #penerbit filem #Malaysia #pulau pinang #International Documentary Association #IDA #Amerika Syarikat
;