'Penerbangan umrah tidak semesti pada 8 Februari'
Sinar Harian
Januari 27, 2022 13:17 MYT
Januari 27, 2022 13:17 MYT
PUTRAJAYA: Penerbangan semula jemaah umrah ke Arab Saudi tidak semestinya dilaksana pada 8 Februari depan.
Jelas Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri, ini kerana banyak perkara yang perlu dimuktamadkan sebelum penerbangan dibuat.
"Sebelum ini diumumkan penggantungan selama satu bulan dari 8 Januari sehingga 7 Februari... Tidak semestinya (8 Februari) terbang terus, mungkin kena uruskan prosedur operasi standard (SOP) dan tempahan serta sebagainya.
"Saya tidak kata boleh terus terbang, tetapi ikut perkataan, boleh bermula," katanya dalam sidang akhbar majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia di kementeriannya dekat sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kekeliruan dan persoalan yang timbul berhubung kebenaran pelaksanaan ibadah umrah yang diputuskan kabinet pada Rabu.
Artikel asal di Sinar Harian