Penerbangan Tun Mahathir ke Azerbaijan alami kelewatan
Hasimi Muhamad
Oktober 24, 2019 20:23 MYT
Oktober 24, 2019 20:23 MYT
Penerbangan yang membawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke Baku dilaporkan mengalami sedikit kelewatan.
Menurut jurucakap pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri, penerbangan pesawat Dr Mahathir berdepan kelewatan sejam berbanding jadual ketibaan asal.
Sebelum ini, Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Hayder Aliyev pada jam 6 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).
Difahamkan, ketibaan Perdana Menteri disambut oleh timbalan Perdana Menteri Azerbaijan, Shahin Mustafayev.
Turut mengalu-alukan ketibaan beliau adalah Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan, Datuk Yubazlan Yusof dan isteri; serta Setiausaha Pertama, Azri Hazwani Abdul Aziz.
Dr Mahathir hadir di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 yang dijadual membuka tirai pada 25 dan 26 Oktober.
#Baku
#kelewatan
#ketibaan Perdana Menteri
#Lapangan Terbang Antarbangsa Hayder Aliyev
#Mahathir Mohamad
#penerbangan Tun Mahathir ke Azerbaijan
#Perdana Menteri
#Perdana Menteri Azerbaijan
#Shahin Mustafayev
#Siti Hasmah Mohd Ali