Penerbangan pesawat Malaysia Airlines yang dijadual semula dijangka tiba hari ini
Bernama
Oktober 21, 2017 07:33 MYT
Oktober 21, 2017 07:33 MYT
Penerbangan Malaysia Airlines MH1D yang dijadual semula akan berlepas dari London pada pukul 5 petang, Sabtu (waktu London) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 1.25 tengah hari Ahad (hari ini).
Penerbangan yang asalnya dengan kod penerbangan MH1, dijadualkan semula selepas kembali ke Lapangan Terbang Heathrow pada 20 Okt, selepas sejam berlepas berikutan masalah pada sistem bekalan air di atas kapal terbang, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp.
Penerbangan ke Kuala Lumpur yang dijadualkan selama 12 jam itu menggunakan pesawat Airbus 380.
Syarikat penerbangan itu memohon maaf kerana gangguan ke atas rancangan perjalanan pelanggan, berikutan masalah itu dan akan membantu penempahan semula penerbangan untuk penumpang yang akan meneruskan penerbangan dari Kuala Lumpur.
-- BERNAMA