Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Bernama
Jun 24, 2024 23:51 MYT
Jun 24, 2024 23:51 MYT
KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
"Juruterbang telah memulakan penurunan kecemasan walaupun tekanan dalam kabin tidak melampaui dan topeng oksigen penumpang tidak digunakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pesawat kekal stabil dan kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL, ia selamat mendarat pada 8:18 malam.
-- BERNAMA