Aliran trafik udara di beberapa lapangan terbang di negeri-negeri terjejas akibat jerebu yang menyelubungi ruang udara negara, Ahad.
Lapangan terbang terbabit ialah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di Sarawak.
Meskipun jarak ketampakan rendah akibat jerebu, operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang berjalan seperti biasa.
Menurut Jabatan Komunikasi Korporat, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), bahagian operasi terminal melaporkan LTSAAS di Subang beroperasi seperti biasa dengan jarak ketampakan 800 meter pada pukul 1.00 tengah hari.
Bagaimanapun, MAHB menerusi laman Twitternya, menasihatkan para penumpang di LTSAAS menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat jadual penerbangan terkini.
"Walaupun lapangan terbang dibuka, semua penumpang yang tiba dan berlepas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, dinasihat menghubungi syarikat penerbangan masing-masing mengenai jadual penerbangan oleh kerana ada sesetengah penerbangan terlewat," kata MAHB.
Di IPOH, enam penerbangan, masing-masing tiga pelepasan dan tiga ketibaan mengalami kelewatan akibat jerebu di LTSAS.
Pegawai Operasi Malaysia Airports Sdn Bhd Tengku Mahmud Tengku Zainal berkata jarak ketampakan di lapangan terbang berkenaan adalah 600 meter.
Beliau berkata kelewatan melibatkan pelepasan penerbangan Ipoh-Singapura dan Ipoh-Johor Baharu serta ketibaan Singapura-Ipoh dan Johor-Ipoh.
Tengku Mahmud berkata kesan jerebu turut mengakibatkan penerbangan TR2482 Singapura-Ipoh, yang dijadualkan tiba pukul 3.05 petang, dilencongkan ke klia2.
Beliau berkata syarikat penerbangan terbabit ialah Tiger Air, Firefly dan Malindo Air.
Di KUCHING, lapan penerbangan syarikat Malaysia Airlines Berhad dibatalkan serta sembilan lagi mengalami kelewatan dan satu lencongan akibat jerebu yang melanda Kuching dengan jarak ketampakan 1500 meter setakat 5 petang ini.
Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAB), Malaysia Airports Sdn Bhd, Mohd Nadzim Hashim berkata lapan penerbangan terpaksa dibatalkan sehingga diberitahu kelak, iaitu empat penerbangan dari Kuching dan empat ketibaan di LTAK.
Sembilan lagi penerbangan mengalami kelewatan, melibatkan lima pelepasan dan empat ketibaan di LTAK serta satu penerbangan pesawat MH2542 dari Kuala Lumpur telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Sibu berbanding hanya empat penerbangan mengalami kelewatan pagi ini.
Empat penerbangan masing-masing dari Kuala Lumpur dan Sibu yang dijadualkan tiba di Kuching juga mengalami kelewatan berikutan jerebu di Kuching dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat 126 setakat 5.00 petang ini berbanding IPU 116 tengah hari tadi.
Mohd Nadzim menasihatkan semua penumpang yang menggunakan penerbangan melalui LTAK menyemak jadual penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum ke lapangan terbang.
Menurutnya dua penerbangan, satu ketibaan dan satu pelepasan melibatkan sektor Kuching-Pontianak dan Pontianak-Kuching dibatalkan sejak lima hari lepas.
"Sektor ini dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
"Tiada penumpang terlibat kerana semua penumpang telah dimaklumkan lebih awal," katanya.
Bernama
Mon Sep 28 2015
Aliran trafik udara di beberapa lapangan terbang di negeri-negeri terjejas akibat jerebu yang menyelubungi ruang udara negara.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Belum ada keputusan rasmi mansuh aliran sains, sastera - Maszlee Malik
Ia masih di peringkat kajian dan tiada sebarang pengumuman dasar dibuat berhubung perkara itu dan ia hanya satu perkara yang dibincangkan dalam ucapannya di Jerman 14 Oktober lalu.