Penduduk Taman Wangi desak tindakan segera pencemaran Sungai Ketil

Muhafandi Muhamad
Februari 10, 2024 07:45 MYT
Penduduk mendakwa masalah air bertukar hitam ini sudah banyak kali berlaku terutamanya ketika waktu hujung minggu atau cuti. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Lebih 2,000 penduduk di Taman Wangi di sini berdepan masalah pencemaran apabila air Sungai Ketil dekat kawasan rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi di Gua Musang kerap bertukar menjadi warna hitam sejak lebih tiga tahun lalu.
Penduduk mendakwa masalah air bertukar hitam ini sudah banyak kali berlaku terutamanya ketika waktu hujung minggu atau cuti.
Menurut penduduk pada tahun 2021, ribuan bangkai ikan telah ditemui terapung dan mereka mengesyaki kematian ikan tersebut berpunca daripada sisa buangan kilang yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan sungai itu.
Situasi itu meresahkan penduduk kerana sungai berkenaan menjadi kawasan rekreasi tumpuan orang awam terutamanya ketika hujung minggu dan cuti persekolahan.
Mereka berharap pihak berwajib dapat membantu menyelesaikan masalah air sungai yang hitam ini kembali pulih seperti sedia kala.
#pencemaran #Sungai Ketil #Rimba Wangi #air bertukar hitam
;