JOHOR BAHRU: Dua wanita sesak nafas manakala segelintir besar penduduk di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, dekat sini, keluar dari kediaman mereka susulan terhidu bau kuat seperti bahan kimia, malam tadi.
Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Ketua Unit Hazmat Jabatan Penyelamat Bomba Malaysia Negeri Johor Saiful Bahri Safar berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.22 malam dan pasukan pertama tiba di kampung berkenaan 15 minit kemudian.
“Dua mangsa yang berusia 20an dan 40an telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail kerana sesak nafas oleh unit EMRS.
“Anggota hazmat pula telah membuat ‘detection’, ‘isolation’ dan ‘damping’ di sungai dan didapati terdapat tumpahan cecair pepejal yang berada di kawasan anak sungai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, tengah malam tadi.
Hasil ujian peringkat awal, pihaknya mengesyaki tumpahan itu adalah methyl alcohol, sejenis bahan buangan berjadual, dengan kepekatan 120 ppm (bahagian per juta).
“Jadi tindakan daripada kita, lima buah rumah kita minta kosongkan...yang berada jarak 150 meter (dari sungai) dan mereka semua dipindahkan ke balai raya.
“Buat masa ini, kita cuba mengawal kawasan ini dan terus mengesan dengan cara menyusuri anak sungai untuk mencari punca tumpahan ini bermula,” kata beliau.
Seramai 24 anggota dan pegawai dengan lima jentera daripada Balai Bomba Kempas, Balai Bomba Larkin dan Balai Bomba Johor Jaya, dikejarkan ke lokasi kejadian.
Setakat 2.30 pagi tadi, usaha pengesanan tumpahan masih diteruskan dan pihaknya juga turut memohon bantuan pihak Jabatan Alam Sekitar dan Unit Hazmat Melaka.
Tinjauan Bernama juga mendapati bau seolah-olah petrol masih dapat dihidu sejauh kira-kira 300 meter dari anak sungai berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021
![Penduduk sesak nafas, tumpahan bahan kimia dikesan di kawasan anak sungai Seelong Penduduk sesak nafas, tumpahan bahan kimia dikesan di kawasan anak sungai Seelong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/61560308922_OrangAsli.jpg)
Gambar fail menunjukkan anggota hazmat mengambil sampel bahan kimia di kawasan tercemar di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh pada Jun 2019. -Gambar fail/Bernama
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692702721_Rambutan.jpg)
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
![Anthony Loke tidak kena serangan jantung - KKM Anthony Loke tidak kena serangan jantung - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720769524_tbanthonyloke.jpg)
Anthony Loke tidak kena serangan jantung - KKM
Anthony Loke mengalami sesak nafas ketika memulakan jawapan lisan soalan pertama di Dewan Rakyat pada Rabu, tiada kaitan dengan serangan jantung.
![Anthony Loke sesak nafas tiada kaitan serangan jantung - Lukanisman Anthony Loke sesak nafas tiada kaitan serangan jantung - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720588023_tbanthonyloke.jpg)
Anthony Loke sesak nafas tiada kaitan serangan jantung - Lukanisman
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata sesak nafas itu disebabkan masalah kecergasan.
![Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal dalam kebakaran rumah kedai Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal dalam kebakaran rumah kedai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720697021_TBmaut.jpg)
Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal dalam kebakaran rumah kedai
Dua kanak-kanak maut manakala ibunya kritikal dipercayai sesak nafas akibat terhidu asap tebal di sebuah bilik sewa di Plaza Mahkota Melaka pada petang Khamis.
![Anthony Loke sesak nafas dalam Dewan Rakyat Anthony Loke sesak nafas dalam Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720588023_tbanthonyloke.jpg)
Anthony Loke sesak nafas dalam Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat sedikit terganggu apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilihat seperti terkena serangan panic attack ketika memulakan sesi jawab lisan pada Rabu.
![Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713426243_TBAliXPDCjpg.jpg)
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
![Jenazah Zahalita berjaya dibawa keluar dari Gunung Reskit Jenazah Zahalita berjaya dibawa keluar dari Gunung Reskit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707367749_TBJenazahZahalita.jpg)
Jenazah Zahalita berjaya dibawa keluar dari Gunung Reskit
Mangsa yang meninggal dunia akibat sesak nafas selamat tiba di padang SMK Clifford, Lipis kira-kira jam 9 pagi, pada Khamis.
![Rumah terbakar: Tiga warga emas melecur, seorang sesak nafas Rumah terbakar: Tiga warga emas melecur, seorang sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706412322_TBWargaemascedera.jpg)
Rumah terbakar: Tiga warga emas melecur, seorang sesak nafas
Kejadian diaporkan berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan kesemua mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia 70-an.
![Umarul IKLIM dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas Umarul IKLIM dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705887772_TBUmarulIKLIMjp.jpg)
Umarul IKLIM dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas
Dia tiba-tiba sukar untuk bernafas petang semalam sebelum mengubungi anak saudaranya bagi meminta bantuan.
![Jenazah Hamdan Senario selamat dikebumikan Jenazah Hamdan Senario selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704473150_JenazahHamdanSenar.jpg)
Jenazah Hamdan Senario selamat dikebumikan
Jenazah pelawak kumpulan Senario, Allahyarham Hamdan Ramli, 54, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun dekat sini, malam Jumaat.