Persoalan siapa bakal menteri besar Selangor menjadi topik paling hangat dibincangkan dan jawapannya hanya akan terungkai dalam tempoh seminggu dari sekarang seperti yang dimaklumkan kepada pihak media.
Bagi penduduk di Selangor, siapapun yang dipilih, beliau perlulah seorang yang mampu memastikan Selangor Darul Ehsan terus kekal menjadi negeri termaju di Malaysia sekaligus memberi manfaat kepada rakyat negeri itu.
Norsarizan Mat Youb, 28, seorang ahli perniagaan, berkata calon paling layak memegang jawatan penting itu ialah seorang yang mampu memastikan perpaduan kaum dan keamanan dipelihara terutama dalam memastikan hak semua kaum dijaga dengan sebaik-baiknya.
"Kita mahu semua bangsa harmoni antara satu sama lain, keamanan itu penting dan rakyat mahu hidup tanpa rasa sangsi antara satu sama lain," katanya kepada Bernama.
Anak jati Jenjarom, Banting itu berkata pemilihan haruslah dilakukan dengan muafakat memandangkan gabungan parti-parti PAS, PKR dan DAP akan bersama-sama mentadbir Selangor.
K. Sasirekha, 32, seorang guru berkata ciri paling penting bagi seorang menteri besar ialah beliau seorang yang mampu menjaga kebajikan semua kaum dalam segala aspek termasuk peluang ekonomi dan sosial.
Beliau yang menetap di Selangor sejak lahir, berkata tua atau muda tidak menjadi masalah, asalkan pemimpin itu berusaha dan mampu menjaga kebajikan serta memastikan tidak ada sesuatu kaum yang tercicir di negeri ini.
"Kita mahu pemimpin yang boleh membuat keputusan dengan baik dan tegas, peluang perlu sama rata," katanya sambil berkata pemimpin yang dipilih perlu arif dengan sejarah dan keadaan negeri Selangor.
Bagi pesara guru, Fatimah Manap, 69, menteri besar Selangor seharusnya perlu sentiasa turun padang dan mendekati rakyat, tidak kira di kawasan bandar atau luar bandar.
Beliau yang menetap di Shah Alam sejak 26 tahun lepas, berkata menteri besar juga haruslah seorang yang mesra rakyat dan berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik.
"Yang paling penting beliau sebagai seorang Islam perlu meletakkan agama Islam di kedudukan pertama. Menteri besar Selangor juga tidak seharusnya hanya mementingkan kawasan beliau sahaja, sebaliknya perlu mengutamakan semua kawasan memandangkan beliau adalah pemimpin negeri Selangor," katanya.
Eksekutif Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Nur Syahira Sharifuddin, 32, berkata jawatan menteri besar Selangor perlu dipegang oleh seorang yang bersih dan bebas daripada rasuah dan kontroversi.
Beliau yang berasal dari Gombak, berkata rakyat Selangor inginkan seorang pemimpin yang tidak dibelenggu dengan masalah moral dan mempunyai perwatakan yang disenangi serta diterima oleh semua kaum.
Wan Ilyani Hasnan Zahedi, 32, seorang pengurus undang-undang pula mengharapkan menteri besar Selangor yang bakal dipilih kelak akan segera menyelesaikan masalah pengangkutan awam di kawasan tumpuan di negeri ini, terutama bandar raya Shah Alam yang masih tidak mempunyai perkhidmatan LRT.
"Menteri besar juga perlu memastikan anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membina lebih banyak rumah mampu milik memandangkan kos sara hidup di kawasan bandar pada masa ini semakin meningkat lebih-lebih lagi bagi golongan muda dan baru berkahwin," katanya yang berasal dari Subang Jaya.
Seorang guru sekolah swasta, Mohd Fadzil Ismail, 44, pula berkata calon yang dipilih sebagai menteri besar perlu mengurangkan politiking sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas membangunkan negeri.
Beliau yang berasal dari Banting berkata menteri besar juga perlu seorang yang berintegriti, telus dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas untuk mentadbir negeri.
Bagi Teo Chee Keat, 36, seorang pengarah di syarikat swasta, menteri besar ialah seorang yang perlu meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaanya.
"Beliau mesti turun padang dan tahu masalah rakyat malah paling penting saya mahukan bekalan air yang bersih setiap hari tanpa sebarang gangguan," kata anak jati Klang itu.
Seorang Eksekutif Pengiklanan, Leong San San, 35, berkata calon menteri besar Selangor perlulah daripada kalangan mereka yang pakar dalam bidang ekonomi agar dapat menjamin pendapatan rakyat.
"Tidak mahu terlalu sibuk politik, tetapi pastikan ekonomi rakyat terbela dan semua kaum mendapat hak sama rata," katanya yang telah menetap di Selangor sejak lebih 30 tahun lepas.
Bernama
Thu May 09 2013
![Penduduk Selangor mahu MB yang utamakan perpaduan Penduduk Selangor mahu MB yang utamakan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/51367803685_295x200.jpg)
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
![Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721173465_tblelakiditahanAI.jpg)
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
![Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721173401_tbfloodedsectionD.jpg)
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
![Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721172424_tbGrandHyattErawan.jpg)
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
![Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
![Johor tidak sepatutnya dibelenggu miskin tegar - Onn Hafiz Johor tidak sepatutnya dibelenggu miskin tegar - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716103401_TBOnnHafiz.jpg)
Johor tidak sepatutnya dibelenggu miskin tegar - Onn Hafiz
Kerajaan Johor menegaskan negeri ini sepatutnya tidak mempunyai rakyat yang dibelenggu kemiskinan tegar.
![Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715575330_WanRosdyWanIsmail.jpg)
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
![Negeri Sembilan selaras kenaikan gaji ikut Persekutuan - MB Negeri Sembilan selaras kenaikan gaji ikut Persekutuan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714643155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Negeri Sembilan selaras kenaikan gaji ikut Persekutuan - MB
Kerajaan Negeri Sembilan akan turut melaksanakan penyelarasan kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu sepertimana dilakukan di peringkat Persekutuan.
![Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694845497_TBKelantan.jpg)
Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap konsep perpaduan kaum di negeri ini dapat dijadikan sebagai contoh dalam mengukuhkan lagi penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia.
![Pelantikan Fizwan diharap tidak jadi isu - MB Johor Pelantikan Fizwan diharap tidak jadi isu - MB Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71526169251_OsmanRazak.jpg)
Pelantikan Fizwan diharap tidak jadi isu - MB Johor
Pelantikan bekas Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi itu dibuat selepas beliau berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.
![Azmin cedera tulang belakang, bertugas dari rumah Azmin cedera tulang belakang, bertugas dari rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61480321506_AzminBandungMayor.jpg)
Azmin cedera tulang belakang, bertugas dari rumah
Keputusan untuk bekerja dari rumah itu adalah atas nasihat doktor yang menyarankan Azmin berehat daripada bertugas kerana kecederaan pada tulang belakang beliau.
![MB Kedah yang baharu dipuji bagi kematangan politik, keberanian MB Kedah yang baharu dipuji bagi kematangan politik, keberanian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41454814811_AhmadBashah.jpg)
MB Kedah yang baharu dipuji bagi kematangan politik, keberanian
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dipuji sebagai seorang pentadbir yang mempunyai kematangan politik dan keberanian.
!['Rafidah dulu kebal, kini dah terjebak dengan permainan pembangkang' - Shahrizat 'Rafidah dulu kebal, kini dah terjebak dengan permainan pembangkang' - Shahrizat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61438473633_SHAHRIZAT.jpg)
'Rafidah dulu kebal, kini dah terjebak dengan permainan pembangkang' - Shahrizat
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyelar tindakan Tan Sri Rafidah Aziz yang mengkritik isu penukaran Menteri Besar Kedah.
![Mukhriz tolak tawaran jadi Timbalan Menteri Mukhriz tolak tawaran jadi Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71454477568_Mukhriz.jpg)
Mukhriz tolak tawaran jadi Timbalan Menteri
Mukhriz sebaliknya berkata beliau akan terus menjadi wakil rakyat di kawasannya bagi meneruskan legasi kepimpinannya di Kedah dan pada masa yang sama akan terus setia bersama UMNO.
![Ahmad Bashah diumum Menteri Besar Kedah yang baharu Ahmad Bashah diumum Menteri Besar Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51453645847_AhmadBashah.jpg)
Ahmad Bashah diumum Menteri Besar Kedah yang baharu
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din mengumumkan Adun Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.