Para pemilik lebih 4,000 buah rumah di muara sungai dan sepanjang pantai di negeri ini dijangka bakal berdepan fenomena air pasang besar kali kedua pada pada 14 hingga 17 November ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Mat Hassan menasihatkan penduduk terutama para nelayan supaya waspada tentang perkembangan cuaca dan keadaan laut.
Fenomena serupa telah melanda penduduk kawasan itu pada 17 hingga 21 Oktober lalu, bagaimanapun tidak banyak kerosakan dan kerugian harta benda dialami.
"Antara pendekatan yang perlu dilakukan ialah menyediakan tempat khas yang agak tinggi untuk menempatkan barang-barang penting dan berharga jika rumah mereka dimasuki air pasang besar.
"Penduduk terbabit juga dinasihat agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuk berpindah ke tempat lebih selamat jika perlu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya kepada Bernama hari ini.
Mat yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Perlis berkata pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut bersiap siaga di kawasan terbabit iaitu sepanjang 20 kilometer di pesisir pantai dari Kuala Perlis ke Kuala Sanglang termasuk Kuala Sungai Baru dan Kuala Sungai Padang.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan, Romly Sabu memberitahu, kira-kira 2,000 nelayan di negeri agar mengutamakan keselamatan diri dengan mengelak dari menjalankan aktiviti menangkap hasil laut pada waktu tersebut.
"Lazimnya memang terdapat banyak udang dan ketam semasa air pasang besar, bagaimanapun para nelayan terutama yang menggunakan sampan atau bot kecil tidak terlalu ghairah untuk membuat tangkapan kerana nyawa mereka lebih berharga," katanya. --BERNAMA
Bernama
Sat Nov 05 2016
Para pemilik lebih 4,000 buah rumah di muara sungai dan sepanjang pantai di negeri ini dijangka bakal berdepan fenomena air pasang besar kali kedua pada pada 14 hingga 17 November ini. -Gambar fail
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Fenomena air pasang besar diramal berlaku di Hilir Perak mulai hari ini
Kejadian fenomena air pasang besar kali ini dijangka pada skala yang lebih besar berbanding bulan September yang lalu.
Air pasang besar punca banjir di Negeri Sembilan - MB
Kejadian banjir yang berlaku di Negeri Sembilan sejak Selasa lalu disebabkan fenomena air pasang besar terutamanya di kawasan Port Dickson.
Banjir di Batu Pahat mungkin berlarutan seminggu lagi - Polis
Banjir yang melanda daerah Batu Pahat, Johor, pada ketika ini, dijangka berlarutan seminggu lagi.
Banjir Mersing: Penduduk sifatkan terburuk dialami dalam 5 tahun
Banjir yang melanda daerah Mersing pada ketika ini, disifatkan yang terburuk pernah dialami, sejak tempoh lima tahun.
Air pasang besar diramal berlaku hingga Ahad
Penduduk di kawasan pesisir pantai disaran berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.
Fenomena air pasang besar terkawal - Bomba
Tinjauan di Pelabuhan Klang dan beberapa kampung mendapati air dilihat sedikit tinggi pada jam 7.15 pagi hingga ke 7.45 pagi.
Komuniti maritim di Kedah diingatkan berwaspada fenomena air pasang besar
Keadaan laut juga berbahaya kepada bot-bot kecil berikutan hujan lebat dan laut bergelora dengan ombak boleh mencapai ketinggian 1.5 sehingga 2.5 meter.
Fenomena air pasang besar landa empat negeri mulai 4 Nov
Fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 Nov depan.
'Tandas, bilik mandi pun hanyut'
Hujan lebat dan fenomena air pasang besar mengakibatkan hakisan lebih teruk berlaku.
Kuching dilanda banjir kilat awal pagi
Hujan luar biasa bersama fenomena air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan di Sarawak dinaiki air awal pagi tadi.