Penduduk Mutiara Kasih, Taman Khazanah Indah bantah lanjutan PKPD
Qaisara Umaiyah, Zulhafiiz Brahim
November 9, 2020 19:28 MYT
November 9, 2020 19:28 MYT
LAHAD DATU: Penduduk di dua lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah hari ini berkumpul bagi membantah keputusan pelanjutan PKPD di kawasan mereka.
Hasil tinjauan di lokasi tersebut, mendapati rata-rata penduduk tidak berpuas hati dengan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melanjutkan tempoh PKPD di dua lokaliti tersebut bermula 10 November hingga 23 November selama dua minggu lagi.
Sebelum ini dua lokaliti tersebut telah dikenakan PKPD bermula pada 13 Oktober hingga 26 Oktober sebelum dilanjutkan lagi sehingga 9 November.
Berdasarkan video siaran langsung di Facebook penduduk meminta agar PKPD ditamatkan untuk keluar mencari nafkah.
Menurut sumber, penduduk tidak berpuas hati kerana jumlah kes sudah mencapai tahap rendah dan kebanyakan mereka tidak sanggup lagi menanggung beban kerana ada yang kerja gaji harian dan berniaga kecil-kecilan.
#PKPD
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#Pangsapuri Mutiara Kasih
#Taman Khazanah Indah
#Lahad Datu
#Sabah
#ismail sabri yaakob