Penduduk kampung tertipu skim 'Beras 1Malaysia'

Astro Awani
Disember 19, 2012 08:40 MYT
Termakan pujukan dan tertarik dengan tawaran dividen lumayan, 12 penduduk Kampung Menjau Batu 12 Kuching berputih mata selepas kerugian hampir RM2 juta akibat ditipu skim pelaburan 'Beras 1Malaysia'.
Mangsa mendakwa nilai pelaburan dibuat setiap individu antara RM1,000 hingga RM1 juta sebelum menyedari ia angkara penipuan jiran sekampung.
Mangsa dijanjikan pulangan bulanan antara 50 hingga 100 peratus daripada nilai pelaburan asas.
Bagaimanpun, skim itu mula berdepan masalah pada Oktober apabila syarikat berkenaan gagal membayar mengikut jadual.
#'Beras 1Malaysia' #Kampung Menjau Batu 12 #Kuching #Sarawak
;